Taklimat perkongsian aplikasi AR, VR dan Model 3D
19 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 18 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai taklimat perkongsian aplikasi AR, VR dan model 3D yang diadakan oleh Pengurus PEDi Tanjong Bowang, Jessica Shirley Nerry. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan mengenai pengertian Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR) dan model 3D. Dalam taklimat perkongsian ini, Pengurus PEDi Tanjong Bowang telah menerangkan perbandingan antara ketiga aplikasi berkenaan dan platform yang dapat dimuat turun melalui Google Play samada di telefon bimbit atau tablet bagi memudahkan pembelajaran secara digital.
Beliau telah menggalakkan petugas PEDi untuk memuat turun aplikasi Assemblr Edu yang merupakan sebuah platform pembelajaran berfokuskan AR yang membolehkan guru dan pelajar mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif dengan menambah elemen digital kepada dunia nyata. Selain itu, petugas juga boleh memuat turun aplikasi Quiver Vision yang dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggabungkan aktiviti mewarna fizikal dengan teknologi AR. Pengurus PEDi Tanjong Bowang turut menerangkan mengenai aplikasi Tinkercard yang merupakan aplikasi web percuma untuk mereka bentuk elemen elektronik dan pemprograman (coding) dan Virtual Reality (VR) iaitu teknologi yang mencipta persekitaran maya sepenuhnya dalam dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: