Program Asas Keusahawanan- Siri 1/2023

24 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan program keusahawanan bersama para usahawan di sekitar Kampung Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan sebagai persediaan menghadapi situasi perniagaan mereka.

Dalam program ini, peserta yang merupakan para usahawan telah didedahkan dengan peranan Rakan Digital di setiap PEDi iaitu untuk menjalankan setiap Latihan dan menjadi penasihat kepada usahawan serta membimbing mereka ke arah ekonomi digital. Rakan Digital telah menerangkan tentang ciri-ciri asas keusahawanan iaitu kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil peluang dan daya usahawan yang berterusan.

Tambahan pula, Rakan Digital turut memberi penerangan mengenai peranan usahawan iaitu menghasilkan pengeluaran, meluaskan penggunaan barang melalui pengubahsuaian, memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat, mewujudkan peluang pekerjaan, meninggikan taraf hidup masyarakat dan memajukan negara. Usahawan turut dididik dengan cara mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan perbelanjaan serta cara merancang perbelanjaan jualan. Program diakhiri dengan sesi soal jawab antara Rakan Digital dan usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali