Mesyuarat AJK PEDi Melugu Suku Pertama Tahun 2023

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan mesyuarat bersama AJK PEDi Melugu dengan menjemput ketua-ketua kampung yang terdapat di sekitar kawasan Melugu.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan serta membincangkan program/aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2023. Mesyuarat dimulakan dengan pengekalan AJK PEDi Melugu bagi tahun 2022 – 2023 dan pertukaran nama PEDi dari tahun 2017 hingga kini. Pengurus turut menerangkan mengenai KPI PEDi bagi tahun 2021 – 2023.

Selain itu, aktiviti/program yang dicadangkan sepanjang tahun 2023 adalah seperti Hari Bersama AJK PEDi Melugu dan aktiviti gotong-royong. Pada kesempatan ini juga Pengurus PEDi Melugu turut memperjelaskan mengenai kelas-kelas dan program – program yang akan diadakan setiap bulan mengikut minggu. Pada minggu pertama, PEDi Melugu akan mengadakan kelas ICT bersama pelajar sekolah, minggu kedua Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi Bersama ketua kampung, minggu ketiga kelas keusahawanan bersama para usahawan dan minggu keempat adalah program bersama agensi-agensi setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali