Kelas Asas ICT – Pengenalan Perkakasan dan Fungsi Komputer & Advokasi

5 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas asas ICT dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan perkakasan dan fungsi alatan-alatan komputer serta mendidik peserta mengenai advokasi.

Dalam kelas ini, peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah diterangkan dengan perkakasan perkomputeran seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan pencetak. Peserta juga diminta untuk menjawab soalan-soalan kuiz berkaitan dengan tajuk yang telah dipelajari dalam Quizziz.com.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan advokasi akta perlindungan kanak-kanak dalam talian secara ringkas. Akta ini memberi perlindungan supaya golongan kanak-kanak tidak terjebak dengan buli dan jenayah siber dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali