Kelas Advokasi – Find the Match dan Match Up
22 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk memadankan perkataan advokasi dengan gambar yang ditunjukkan dengan betul menggunakan template Find The Match dan Match Up. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan perkataan dan gambar tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: