Kuiz Microsoft Office – Word

24 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Words secara dalam talian menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kuiz ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai prinsip asa yang terdapat dalam Microsoft Office Words.

Wordwall.net merupakan aplikasi yang digunakan untuk mencipta aktiviti berinteraktif dan boleh dicetak. Aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis template seperti klasik, hutan, ruang angkasa, rancangan TV dan pelbagai lagi yang menyeronokkan bagi para peserta.

Peserta kuiz dikehendaki untuk mendaftar nama dan seterusnya menjawab soalan kuiz dalam tempoh masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan. Markah akan dipaparkan setelah peserta kuiz menjawab setiap soalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali