Kuiz Advokasi – Penipuan Kewangan

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai penipuan kewangan atau scam.

Google Form merupakan suatu bentuk aplikasi yang digunakan untuk mengumpul dan menyusun data samada secara besar atau kecil. Google Form terdiri daripada pelbagai jenis soalan, boleh memasukkan gambar, video dan seksyen serta dapat menarik dan melepas seksyen soalan.

Dalam kuiz ini, peserta dikehendaki untuk mendaftar butiran diri untuk mengetahui jumlah responden yang telah menjawab kuiz ini. Peserta diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan berkaitan penipuan kewangan yang merangkumi maksud, punca dan Tindakan yang perlu diambil daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Jumlah markah akan dipaparkan selepas peserta selesai menjawab semua soalan yang dinyatakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali