Kelas E-learning – Keyboard Challenge & Label the Scratch Cat

19 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran.

Kelas ini dimulai dengan pengenalan asas kepada permainan berbentuk pendidikan iaitu abcya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur peserta. Peserta telah memilih permainan bertajuk Keyboard Challenge dimana mereka dikehendaki untuk menyusun kembali gambar – gambar huruf di keyboard komputer yang berselerakan mengikut urutan yang betul.

Selain itu, terdapat peserta yang turut bermain permainan melabel bahagian badan kucing di laman web Wordwall.net menggunakan template Labelled Diagram. Peserta dikehendaki menarik pointer untuk memadankan bahagian badan kucing dengan betul. Markah akan terpapar selepas menyelesaikan tugasan berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali