Kelas STEM-IoT – Mystery of The Lost Cat

19 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan tablet.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan melalui aplikasi CoSpaces.edu iaitu di bahagian STEM & Coding. Peserta diminta untuk memilih permainan bertajuk Mystery of The Lost Cat dimana mereka menyelesaikan teka-teki dalam Merge Cube dan menyelesaikan misteri kehilangan kucing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali