Kelas Softskill – Penyelesaian Masalah & Kreativiti

18 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih dan menyediakan peserta dengan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam sesebuah situasi yang tidak dijangka serta membolehkan peserta menangani sesuatu isu dari sudut yang berbeza.

Dalam kelas ini, peserta seramai 6 orang telah diminta untuk mencantumkan kembali kepingan-kepingan teka-teki gambar yang telah dileraikan sehingga membentuk gambar yang sempurna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali