Kelas ICT - Notepad dan Paint

13 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memperdalam kemahiran peserta menggunakan asas ICT yang terdapat dalam komputer.

Peserta membuka aplikasi Notepad yang terdapat dalam komputer dan telah menaip sebuah cerpen pendek dalam Bahasa Inggeris menggunakan aplikasi berkenaan. Selain itu, dua orang peserta yang lain juga telah membuka aplikasi Paint dan belajar melakar gambar serta teks menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali