Kelas STEM-IoT – Spring Season

12 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan tablet.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan melalui aplikasi CoSpaces.edu iaitu di bahagian STEM & Coding. Peserta diminta untuk memilih permainan bertajuk Spring Season dimana mereka mengeksplorasi halaman untuk melihat musim-musim yang berbeza seperti musim bunga, musim luruh, musim sejuk dan musim panas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali