Kelas STEM-IoT – Marble Maze Game dan Basketball
11 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan tablet.
Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan melalui aplikasi CoSpaces.edu iaitu di bahagian STEM & Coding. Peserta diminta untuk memilih permainan bertajuk Marble Maze Game dimana mereka akan mengumpul barangan berbeza dalam pagar sesat (maze) untuk mengubah bentuk marble.
Selain itu, peserta juga diminta untuk memilih dan bermain permainan bertajuk Basketball dimana mereka dikehendaki untuk memasukkan bola keranjang ke dalam jaring untuk mendapatkan markah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: