Kempen PUPUK@Shopee – Latihan Dalam Talian
10 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Kempen PUPUK@Shopee – Latihan Dalam Talian. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar penjual bagaimana untuk mula menjual di Shopee dengan pelbagai jenis rangkuman asas perniagaan. Dalam latihan atas talian yang menggunakan platform aplikasi livestrom ini, peserta telah diterangkan dengan cara untuk membuka akaun penjual di aplikasi dan laman sesawang.
Setelah membuka akaun penjual, peserta ditunjukkan cara bagi menyediakan profil/latar belakang kedai penjual, bagaimana menarik perhatian pembeli dengan dekorasi kedai, cara menyenaraikan produk di pusat penjual dan cara terbaik untuk menamankan produk. Selain itu, peserta program juga diterangkan contoh gambar produk yang digalakkan dan tidak digalakkan, pilihan penghantaran dan gambaran keseluruhan penghantaran barangan yang telah dipesan oleh pelanggan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: