Program Taklimat Pembiayaan BSN SemarakNiaga
24 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 September yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Taklimat Pembiayaan BSN SemarakNiaga dengan menjemput para usahawan di sekitar Kampung Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk menerangkan tentang kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program SemarakNiaga yang ditawarkan kepada peserta PEDi yang menceburi bidang perniagaan.
Dalam program ini, En. Richard Juman yang merupakan salah seorang pegawai BSN yang hadir telah menerangkan kepada para usahawan mengenai 7 skim yang meliputi golongan dan industry bersasar & terbuka iaitu :
- BSN Mikro/i Semarak Mula (Start-up)
- BSN Mikro/i Semarak PEDi (Pusat Ekonomi Digital)
- BSN Mikro/i Semarak (Umum)
- BSN Mikro/i Semarak Nita (Wanita)
- BSN Mikro/i Semarak Belia (Belia)
- BSN Mikro/i Semarak Sukan (Sukan & Rekreasi)
- BSN Mikro/i Semarak Tani (Pasar tani/tradisional)
Kesemua skim yang dinyatakan mempunyai kelayakan, tempoh operasi, jumlah pinjaman, kadar keuntungan dan tempoh pinjaman yang berbeza-beza. En. Richard Juman turut menunjukkan jumlah pembiayaan dan kadar asas tetap yang akan dikenakan kepada para pengusaha mikro. Antara syarat untuk memohon pembiayaan ini adalah :
- Perusahaan Mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) milik warganegara Malaysia
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Agensi / Badan Profesional
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
- Bekerja sendiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: