Kuiz Advokasi – Panggilan Palsu, Sebenarnya.my & Check Your Label

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizizz.com. Kuiz ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai kepentingan mengetahui tentang kategori panggilan palsu. Aplikasi Quizizz.com merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar.

Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan. Dalam kuiz ini, peserta terpilih diminta untuk membuka link yang diberi dan mendaftar nama mereka. Para peserta dikehendaki untuk menjawab kesemua soalan yang dipaparkan dan markah akan ditunjukkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali