Program Keusahawanan Sesi Ramah Mesra Antara Rakan Digital PEDi Melugu dan Usahawan PEDi

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan program keusahawanan dengan menjemput para usahawan di sekitar PEDi Melugu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang perniagaan dan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat serta mewujudkan budaya niaga di kalangan masyarakat.

Dalam program ini, Rakan Digital PEDi Melugu telah mengadakan sesi suai kenal antara beliau dan para usahawan yang dijemput untuk menyertai program pada kali ini. Rakan Digital juga turut menerangkan mengenai 10 cara untuk melangkah ke alam perniagaan, ciri-ciri usahawan dan jenis-jenis usahawan masa kini. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perniagaan yang telah dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali