Kuiz Advokasi – Memancing Data / Phishing

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizizz.com. Kuiz ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai maksud memancing data/phishing. Aplikasi Quizizz.com merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar.

Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan. Dalam kuiz ini, terdapat peserta dikehendaki untuk mendaftar nama dan menjawab kesemua soalan dalam berkaitan memancing data / phising yang berbentuk objektif. Markah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali