Kelas Microsoft Office – Publisher dan Advokasi

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Publisher dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan tentang langkah demi langkah cara membuat katalog menu makanan dimana beliau diminta untuk memilih template A3 portrait saiz 29.7 x 42cm.

Kemudian, peserta diminta untuk memilih set margin iaitu narrow lalu memasukkan gambar yang telah dimuat turun terlebih dahulu ke dalam template A3 portrait. Peserta dikehendaki untuk mengedit template menu makanan mengikut kreativiti berdasarkan panduan yang telah diberi. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk penipuan kewangan dimana beliau diterangkan dengan maksud penipuan kewangan, jenis-jenis penipuan kewangann contoh penipuan kewangan dan tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali