Kelas Microsoft Office – Publisher dan Advokasi
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Publisher dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan tentang langkah demi langkah cara membuat kad jemputan perkahwinan dimana beliau diminta untuk memilih template invitation card dengan ¼ letter side fold supaya dapat mencetak 4 keping kad dalam satu kertas A4 paper.
Kemudian, peserta diminta untuk memilih set margin iaitu narrow lalu memasukkan gambar yang telah dimuat turun terlebih dahulu ke dalam template kad jemputan. Peserta dikehendaki untuk mengedit template kad jemputan mengikut kreativiti berdasarkan panduan yang telah diberi. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk terlebih kongsi dimana beliau diterangkan dengan maksud terlebih kongsi, maklumat yang tidak harus dikongsi, risiko yang akan dihadapi sekiranya terlebih kongsi dan langkah menangani sikap terlebih kongsi. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: