Kelas Microsoft Office – Publisher dan Advokasi

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Publisher dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, seorang belia yang merupakan peserta kelas telah diminta untuk membuka Microsoft Publisher di skrin komputer. Kemudian, beliau diterangkan tentang alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Publisher.

Alatan-alatan ini melibatkan Menu Bar, Title Bar, Standard Toolbar, Formatting Toolbar, Objects Toolbar, Format Publication, Page Navigation Buttons, Horizontal Scrollbar, Workspace Page dan Vertical Scroolbar yang mempunyai fungsi tersendiri. Peserta juga diminta untuk membuat latihan membuat kad jemputan Hari Jadi menggunakan alatan Publisher yang telah dipelajari. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk maklumat palsu dimana beliau telah diterangkan tentang maksud, jenis-jenis, mitos, contoh dan kesan penyebaran maklumat yang tidak tepat. Beliau juga dikehendaki untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dalam media sosial melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali