Program Perasmian AJK PEDi Melugu Bagi Tahun 2022-2023

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2022 (Sabtu) yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Perasmian AJK PEDi Melugu dengan menjemput para ketua kampung di sekitar Kampung Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk merasmikan barisan AJK PEDi Melugu yang baharu serta untuk mengeratkan hubungan sesama para ketua kampung yang telah dijemput. Program ini berlangsung di Bilik Latihan dan Hall Room PEDi Melugu dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dengan kehadiran kira-kira seramai 53 orang jemputan. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi AJK PEDi Melugu iaitu En. Bangga anak Munap dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus PEDi Melugu, Pn. Stella anak Tarang.

Program diteruskan dengan ucapan dan perasmian daripada ADUN N31 Bukit Begunan, YB Datuk Mong anak Dagang yang menandatangani carta organisasi AJK PEDi Melugu Tahun 2022 – 2023 menggunakan Smartboard di Bilik Latihan PEDi Melugu. Kemudian, YB Datuk Mong anak Dagang menyampaikan sijil penghargaan kepada para AJK PEDi Melugu yang lama serta penyampaian tanda penghargaan kepada tenaga pengajar Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) dan Kelas Pendidikan Litersi Fungsian (PLF) KEMAS Sri Aman. Di samping itu, En. Bangga telah menyampaikan tanda penghargaan kepada YB Datuk Mong anak Dagang atas kesudian beliau menghadirkan diri dan seterusnya merasmikan AJK PEDi Melugu yang baharu. Program diakhiri dengan sesi minum petang bersama para jemputan di Hall Room PEDi Melugu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali