Peperiksaan Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan peperiksaan bagi kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan untuk mendidik peserta mengenai advokasi.Dalam kelas ini, peserta kelas telah diminta untuk memasukkan grafik menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint berdasarkan panduan yang telah diberi. Beliau diwajibkan untuk menyelesaikan peperiksaan Microsoft Powerpoint bertajuk Rumah Hijau dalam tempoh masa 3 jam.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk keganasan siber dimana beliau diterangkan dengan maksud keganasan siber, jenis-jenis keganasan siber dan tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keganasan siber tidak kira samaada golongan kanak-kanak atau orang dewasa. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali