Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi
25 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Powerpoint dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Microsoft Powerpoint yang telah dilakukan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta mempelajari tentang Topik 3 iaitu cara menambah slide, kaedah mendua (duplicate) slide, delete atau membuang slide dan elemen-elemen teks.
Peserta turut diterangkan tentang Topik 4 iaitu elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint seperti design, Word Art, Clip Art, bentuk (shape), carta (chart), table dan bunyi (audio). Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk maklumat palsu dimana peserta diterangkan tentang maksud maklumat tidak tepat, jenis-jenis maklumat palsu, contoh maklumat palsu, dan kesan kepada penyebaran maklumat palsu di media sosial. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: