Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

23 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat latihan-latihan berkaitan dengan suaipadan huruf besar dan kecil menggunakan pembaris. Selain itu, peserta juga diminta untuk mengeja perkataan-perkataan berkaitan dengan huruf-huruf yang telah dipadankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali