Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2022 - Elak Terlebih Kongsi

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Program Komuniti MCMC secara atas talian menerusi platform Facebook ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Program yang bertajuk elak terlebih kongsi ini telah disampaikan oleh panel Cik Noamie anak Balai yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sarawak Cawangan Miri. Beliau telah menerangkan tentang maksud ‘oversharing’ atau terlebih kongsi, maklumat-maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi, risiko terlebih kongsi dan bagaimana cara untuk menangani sikap terlebih kongsi. Selain itu, peserta program ini juga diminta untuk menyertai kuiz MyCybergenius yang mengkehendaki mereka untuk menjawab 10 soalan kuiz yang dikemukakan berkaitan tajuk yang telah diterangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali