Mesyuarat Program Perasmian AJK PEDi Melugu Bagi Tahun 2022 - 2023

7 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan mesyuarat bersama para AJK PEDi Melugu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memperhalusi cadangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada program perasmian AJK PEDi Melugu. Dalam mesyuarat ini, TR Tina telah memaklumkan bahawa ADUN N31 Bukit Begunan iaitu YB Datuk Mong anak Dagang akan menghadirkan diri bagi merasmikan program yang telah ditetapkan pada waktu petang 20 Ogos 2022.

Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan adalah seperti ucapan alu-aluan daripada Pengerusi AJK PEDi Melugu, ucapan alu-aluan daripada Pengurus PEDi Melugu, ucapan dan perasmian daripada YB Datuk Mong anak Dagang, penyampaian sijil penghargaan kepada para AJK PEDi Melugu yang lama, penyampaian tanda penghargaan kepada tenaga pengajar kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) dan kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS Sri Aman, penyampaian cenderahati serta minum petang bersama para jemputan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali