Mesyuarat AJK PEDi Melugu Penggal Kedua Tahun 2022
30 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan mesyuarat bersama para AJK PEDi Melugu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan para AJK mengenai tarikh pelaksanaan Program Perasmian AJK PEDi Melugu serta aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut.
Dalam mesyuarat ini, penasihat AJK mencadangkan tarikh perasmian diadakan pada 20 Ogos 2022 iaitu pada hari Sabtu dengan menjemput ADUN N31 Bukit Begunan, YB Datuk Mong anak Dagang untuk merasmikan perlantikan AJK-AJK PEDi Melugu yang baharu bagi tahun 2022 – 2023. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah minum petang bersama YB Datuk Mong anak Dagang, penyampaian sijil penghargaan kepada para AJK PEDi Melugu yang lama dan penyampaian tanda penghargaan kepada KEMAS Sri Aman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: