Peperiksaan Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

5 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan peperiksaan bagi kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran penggunaan Microsoft Office Words dan untuk menambah pengetahuan mengenai kepentingan advokasi. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diminta untuk menaip dan menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Words berdasarkan panduan yang telah diberi. Beliau diwajibkan untuk menyelesaikan peperiksaan Microsoft Words bertajuk minit mesyuarat JKKK dalam tempoh masa 3 jam.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk pengantunan dalam talian dimana beliau diterangkan dengan maksud pengantunan, jenis-jenis pengantunan, contoh pengantunan dalam talian dan tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan tidak kira samaada golongan kanak-kanak atau orang dewasa. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali