Program Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

27 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama daripada bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman telah mengadakan mesyuarat dengan menjemput penduduk di sekitar PEDi Melugu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar kemahiran jahitan langsir kepada para peserta. Dalam program ini, Cikgu Malini yang merupakan tenaga pengajar terlebih dahulu menjelaskan langkah-langkah yang akan dilakukan untuk menyiapkan sebuah langsir eyelid kepada para peserta.

Para peserta telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat langsir seperti kain langsir 2 meter, pita pengeras 1 ½ meter saiz 4, gunting dan ring 8 buah. Cikgu Malini turut membawa 2 buah mesin jahit elektrik untuk kegunaan para peserta menjahit langsir yang telah siap ditanda. Selepas setiap lipatan dan kelim kain langsir dijahit, Cikgu Malini menunjukkan cara-cara menanda lubang ring yang berjarak 1.5 meter antara satu sama lain. Kemudian, lubang ring tersebut ditebuk menggunakan gunting dan ring dimasukkan ke setiap lubang yang telah ditebuk. Langsir eyelid yang telah siap dijahit sedia untuk digantung di palet tingkap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali