Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 16/2022 – Padah Terlebih Kongsi

29 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 16/2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Program Komuniti MCMC secara atas talian menerusi platform Facebook ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Program yang bertajuk padah terlebih kongsi ini telah disampaikan oleh Pn. Amy Harlina Amran yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Selangor. Beliau telah menerangkan tentang maksud ‘oversharing’, risiko sekiranya terlebih kongsi, contoh akibat ‘oversharing’ dan cara bagaimana menangani sikap terlebih kongsi. Selain itu, peserta program ini juga diminta untuk menyertai kuiz MyCybergenius yang mengkehendaki mereka untuk menjawab 10 soalan kuiz yang dikemukakan berkaitan tajuk yang telah diterangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali