Sesi Temuduga Rakan Digital PEDi Melugu

14 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2022, satu sesi temuduga telah diadakan bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu bagi memilih Rakan Digital yang akan bertindak sebagai Duta Digital kepada agensi yang mengambil bahagian dalam rantaian Digital dengan menjalani sesi Latihan Train the Trainer yang disediakan oleh setiap agensi terlibat serta membimbing usahawan kecil untuk mengembangkan atau menaik taraf perniagaan mereka dengan menggunakan platform digital.

Selain itu, Rakan Digital juga berperanan untuk menggalakkan penggunaan internet dan peranti pintar dalam kalangan usahawan kecil untuk menyambung/mengaktifkan/ mengambil bahagian dalam rantaian inisiatif digital dan menjalankan kajian lapangan serta mendapatkan maklum balas daripada usahawan kecil supaya dapat menambah baik inisiatif dan memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik. Penemuduga bagi sesi temuduga secara online melalui platform MS Team ini terdiri daripada En. Mohd Mu’izzuddin Rengga sebagai wakil MCMC Kuching, Pn. Noorly Iza sebagai wakil Maxis dan Cik Norliyana Nordin sebagai wakil dari Sprintz Designs Sdn Bhd. Seramai 4 orang calon yang telah menyertai sesi temuduga ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali