Program Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2022

4 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan sebuah program sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan penggunaan asas ICT dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan peserta. Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah didedahkan dengan pengenalan tentang Hari Kebangsaan dan kepentingan menyambut Hari Kebangsaan, fakta tentang Jaur Gemilang dan pengertian mengenai pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

Selain itu, para peserta program juga dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan Hari Kebangsaan di Quizziz.com. Markah akan dipaparkan setelah peserta menjawab kesemua soalan yang diutarakan. Peserta program ini turut diminta untuk mewarna Jalur Gemilang menggunakan aplikasi Paint 3D dan bunga raya menggunakan laman web thecolor.com. Tambahan pula, mereka digalakkan untuk mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan peserta program. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah berupa alat-alat tulis kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali