Aktiviti Gotong-royong Bersama AJK PEDi Melugu

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan penyertaan daripada para AJK PEDi Melugu. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan persekitaran PEDi Melugu serta bagi mengeratkan hubungan sesama para AJK PEDi Melugu. Gotong- royong ini melibatkan aktiviti menebang pohon kayu, menebas semak dan membuang batu-bata di tepi PEDi Melugu. Selain itu, terdapat juga AJK yang bekerjasama bagi membuang lumut dan pohon kayu kecil yang tumbuh di gutter bahagian belakang bangunan PEDi Melugu. Aktiviti diakhiri dengan jamuan makanan ringan bersama para AJK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali