Peperiksaan Kelas Microsoft Office – Excel & Publisher dan Advokasi
26 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan peperiksaan bagi kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kemahiran penggunaan Microsoft Office Excel dan untuk mendidik peserta mengenai advokasi. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diminta untuk memasukkan data dan maklumat menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Excel dan Publisher berdasarkan panduan yang telah diberi.
Beliau diwajibkan untuk menyelesaikan peperiksaan Microsoft Excel bertajuk “Laporan Jualan Agensi Pelancongan Sunny” dan Microsoft Publisher “Poster Learning Publisher” dalam tempoh masa 3 jam. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk keselamatan komputer dimana beliau diterangkan dengan maksud keselamatan komputer, kepentingan melindungi computer, jenis insiden computer yang dilaporkan, tips mencipta kata laluan (password) yang kukuh dan panduan keselamatan komputer. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: