Kelas Microsoft Office – Excel dan Advokasi

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan dengan Topik 9 iaitu mencetak (print) dokumen yang telah siap diedit.

Beliau mempelajari tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mencetak dokumen seperti print preview, mengetahui jenis pencetak, bilangan muka surat yang ingin dicetak dan tetapan bagi muka surat dokumen. Peserta juga diminta untuk membuat latihan-latihan lain mengikut topik-topik yang telah dipelajari sebelum ini. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk cyber grooming iaitu beliau diterangkan tentang maksud pengantunan siber, jenis-jenis pengantunan, contoh-contoh pengantunan dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan di internet. Selain itu, peserta juga ditekankan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu dengan memeriksan kesahihan maklumat tersebut melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali