Kelas Microsoft Office – Excel dan Advokasi

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas.

Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan dengan Topik 7 iaitu cara untuk menyediakan carta bagi helaian kerja yang telah dibuat. Terdapat 4 langkah bagi proses penyediaan carta iaitu menentukan sumber data, memilih jenis carta, memilih corak data dan menentukan lokasi carta yang telah siap dibentuk. Bagi latihan ini, peserta dipandu langkah demi langkah untuk menyediakan carta line dan carta column. Peserta juga turut diterangkan dengan Topik 8 iaitu cara untuk menapis (filter) rekod atau data yang telah siap disediakan menggunakan Autofilter.

Autofilter dapat digunakan bagi menapis rekod berdasarkan kriteria tertentu yang dikehendaki oleh pengguna. Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk jenayah siber iaitu penipuan kewangan iaitu beliau diterangkan tentang maksud penipuan kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan di internet. Selain itu, peserta juga ditekankan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu dengan memeriksan kesahihan maklumat tersebut melalui laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali