Kelas Microsoft Office – Excel dan Advokasi

13 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Microsoft Excel yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta telah diterangkan tentang Topik 5 iaitu cara memberi corak/warna kepada tajuk latihan yang telah dibuat sebelum ini.

Peserta diajar cara untuk menukar saiz dan warna teks, menentukan angka perpuluhan untuk data nombor dan menjajarkan (merge) tajuk supaya ia berada di tengah helaian kerja. Peserta juga diterangkan dengan Topik 6 iaitu analisis statistik dimana beliau diajar cara untuk membuat analisis bagi bilangan (count), jumlah (sum), min (average), sisihan piawai (standard deviation), minimum (min) dan maximum (max) bagi latihan yang telah dibuat sebelum ini. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan advokasi bertajuk panggilan palsu dimana beliau diingatkan untuk mengenalpasti dan tindakan yang harus diambil sekiranya menerima panggilan palsu daripada orang yang tidak dikenali. Peserta turut diminta untuk mengesahkan kesahihan sesebuah berita di media sosial melalui laman sesawang Sebenarnya.my

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali