Kelas Microsoft Office – Excel

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji mengenai Topik 9 iaitu mencetak (print) dokumen yang telah siap diedit serta topik-topik lain yang telah dipelajari. Peserta juga diminta untuk membuat latihan-latihan lain mengikut topik-topik yang telah dipelajari sebelum ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali