Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

28 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah diterangkan dengan Topik 5 iaitu cara untuk mencetak (print) dokumen yang telah siap ditaip, cara membuat newspaper columns menggunakan ikon column, membentuk column menggunakan menu format, memasukkan borders di peranggan menggunakan ikon borders dan memasukkan borders menggunakan menu format.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk jenayah siber iaitu penipuan kewangan iaitu beliau diterangkan tentang maksud penipuan kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan dac cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan di internet. Selain itu, peserta juga ditekankan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu dengan memeriksan kesahihan maklumat tersebut melalui laman sesawang Sebenarnya.my

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali