Kelas Microsoft Office – Words dan Advokasi

28 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Words dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta kelas telah mengulangkaji tentang Topik 7 iaitu cara mewujudkan dan menyunting header dan footer, memasukkan nombor halaman (page numbering) dan membuat perhentian tab. Dalam kelas ini juga peserta mengulangkaji mengenai Topik 8 iaitu bagaimana cara untuk memasukkan grafik, memformat grafik dan memasukkan WordArt. Peserta dikehendaki membuat latihan bagi setiap topik yang telah dipelajari.

Di samping itu, peserta kelas turut dididik dengan advokasi bertajuk keselamatan komputer dimana peserta ditekankan kepentingan melindungi komputer daripada dijangkiti virus dan malware. Peserta juga diminta untuk menetapkan provasi dalam komputer untuk mengelakkan maklumat peribadi beliau diakses oleh orang tidak dikenali. Peserta turut digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat di media sosial dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali