Kelas Microsoft Office – Excel dan Advokasi

9 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas pada kali ini, peserta diterangkan tentang kegunaan Microsoft Excel dalam program Microsoft Office iaitu bagi penyimpanan data yang melibatkan banyak pengiraan. Peserta dijelaskan dengan Topik 1 iaitu tentang penggunaan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Excel, jenis-jenis data dan cara memasukkan data. Selain itu, pelajar turut mempelajari Topik 2 iaitu tentang cara menggunakan autofill yang akan mengisi urutan nilai secara automatik selepas mengisi urutan pertama. Peserta diminta untuk membuat latihan berkaitan topik yang telah dipelajari.

Tambahan pula, peserta kelas turut dididik dengan advokasi buli siber dimana peserta diterangkan tentang maksud buli siber, tanda-tanda mangsa buli siber, kesan dan langkah untuk menangani buli siber. Peserta juga diingatkan untuk mengamalkan kawal selia kendiri iaitu memeriksa kesahihan sesuatu maklumat yang diterima di media sosial dengan melayari laman web Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali