Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 07/2022 – Buli Siber

27 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah menyertai Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 7/2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Program Komuniti MCMC secara atas talian menerusi platform Facebook ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Program yang bertajuk buli siber ini telah disampaikan oleh Pn. Amirah binti Nor Azmin yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Kelantan. Beliau telah menerangkan tentang platform sosial paling kerap digunakan di dunia, purata masa menggunakan internet setiap hari dan 5 aktiviti utama dalam talian. Beliau turut menerangkan maksud buli siber, perlakuan pembuli siber, bahasa pembuli siber, jenis buli siber, kesan buli siber dan tip pencegahan daripada menjadi mangsa buli siber.

Selain itu, peserta program ini juga diminta untuk menyertai kuiz MyCybergenius yang mengkehendaki mereka untuk menjawab 10 soalan kuiz yang dikemukakan berkaitan tajuk yang telah diterangkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali