Kelas Microsoft Office – Excel dan Advokasi

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan alatan dalam Microsoft Excel dan mendidik peserta tentang keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini merupakan kesinambungan dari kelas Microsoft Excel yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diterangkan tentang Topik 3 iaitu cara memformat helaian kerja yang terdiri daripada memberi tajuk helaian kerja, menambah baris, menambah field baru, menyesuaikan lebar kolum dan menjajarkan teks dan data. Selain itu, peserta juga belajar tentang Topik 4 iaitu cara memasukkan dan mengguna formula pengiraan serta memberi kategori dengan menggunakan kenyataan IF. Peserta juga diminta untuk membuat latihan berkaitan topik yang telah dipelajari.

Tambahan pula, peserta kelas turut dididik dengan advokasi panggilan palsu iaitu cara mengenalpasti panggilan palsu dan tindakan yang perlu diambil sekiranya menerima panggilan palsu. Peserta juga diingatkan untuk mengamalkan kawal selia kendiri iaitu memeriksa kesahihan sesuatu maklumat yang diterima di media sosial dengan melayari laman web Sebenarnya.my dan memeriksa peralatan elektronik yang dimiliki melalui aplikasi Check Your Label

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali