Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC @ PEDi
19 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2022, Perbadanan Kemajuan Multimedia atau MDEC telah menjemput Pengurus / Penolong Pengurus serta Rakan Digital PEDi untuk menyertai Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC @ PEDi secara maya menggunakan aplikasi Zoom. Program ini dianjurkan bertujuan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan program-program digital MDEC yang bakal ditawarkan di PEDi, keperluan serta kaedah bagi menghebahkan program-program digital kepada komuniti di PEDi masing-masing.
Program ini dimulai dengan kata-kata aluan oleh En. Nurezali bin Osman yang merupakan Pengurus Kanan bahagian entrepreneurs, Digital Adoption MDEC dan seterusnya diikuti dengan penerangan mengenai latarbelakang, objektif dan kaedah perlaksanaan program.
Program Penerimagunaan Digital MDEC @ PEDi ini diteruskan dengan penerangan mengenai modul dan latihan program keusahawanan digital (eUsahawan), program perkhidmatan dagang setempat (PeDAS), program ekonomi perkongsian, program eRezeki dan GLOW serta Program Digital Rakan Strategik iaitu Warongku.
Selain itu, peserta program juga diterangkan mengenai fungsi agensi terlibat seperti MDEC, SKMM dan Pegawai PEDi dalam memastikan kelancaran penyertaan program ini. Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan maklum balas Webinar menggunakan aplikasi Google Form
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: