Program Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) PEDi Melugu

18 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu dengan kerjasama daripada bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman telah mengadakan program keusahawanan dengan menjemput penduduk di sekitar PEDi Melugu. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajar kemahiran jahitan langsir dan menggalakkan peserta untuk menjahit langsir sebagai pendapatan sampingan.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam program kali ini, Cikgu Malini yang merupakan tenaga pengajar telah memeriksa dan menunjuk ajar peserta yang masih belum menyiapkan tugasan langsir mereka. Peserta yang terlibat telah menyambung tugasan menyiapkan langsir seperti menjahit lipatan dan kelim langsir, menanda dan menebuk lubang bagi memasukkan ring langsir. Langsir eyelid yang telah siap dijahit sedia untuk digantung di palet tingkap

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali