Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

27 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk mengenalpasti, mengeja dan menulis perkataan yang berkaitan dengan buah-buahan tempatan mengikut gambar yang ditunjukkan oleh Cikgu Dayang Sofiah.

Selain itu, peserta program juga diminta untuk memadankan huruf-huruf yang terdapat dalam buku aktiviti mereka. Cikgu Dayang Sofiah turut meminta peserta untuk menyiapkan tugasan seterusnya dalam buku aktiviti mereka di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali