Kuiz Microsoft Office Word – Topik 2

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz Microsoft Office Word secara dalam talian menggunakan aplikasi Quizizz.com. Kuiz ini bertujuan untuk menguji kefahaman peserta mengenai Microsoft Word yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Aplikasi Quizizz.com merupakan aplikasi percuma yang digunakan dalam pendidikan yang bersifat interaktif yang boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar. Kuiz yang telah disediakan juga dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz berkenaan.

Dalam kuiz ini, terdapat peserta dikehendaki untuk mendaftar nama dan menjawab kesemua soalan dalam yang berbentuk objektif. Markah akan dipaparkan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali