Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman
20 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta telah dikunjungi oleh En. Kevin Lambai iaitu Penyelia PIKOM KEMAS Sri Aman dimana beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai program Pendidikan Literasi Fungsian ini. Beliau juga turut memantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para peserta dalam kelas kali ini iaitu mengeja perkataan berkaitan dengan anggota badan.
Selain itu, para peserta juga diminta untuk mengenalpasti dan menyambung perkataan berkaitan anggota badan yang telah dipelajari. Peserta telah diminta untuk menyambung tugasan yang seterusnya di dalam buku aktiviti mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: