Kuiz Advokasi – Pengantunan Dalam Talian (Online Grooming)

17 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kuiz advokasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Form. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai pengantunan dalam talian atau online grooming.

Google Form merupakan suatu bentuk aplikasi yang digunakan untuk mengumpul dan menyusun data samada secara besar atau kecil. Google Form terdiri daripada pelbagai jenis soalan, boleh memasukkan gambar, video dan seksyen serta dapat menarik dan melepas seksyen soalan.

Dalam kuiz ini, peserta dikehendaki untuk mendaftar butiran diri untuk mengetahui jumlah responden yang telah menjawab kuiz ini. Peserta diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan berkaitan online grooming dan markah akan dipaparkan selepas peserta selesai menjawab semua soalan yang dinyatakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali